Wednesday 2 March 2011

Pengurusan Ayam Kampung


1 Asa 1 Asal Usul Ayam Kampung
Semua ayam termasuk ayam kampung dimukabumi ini berasal dari 4 jenis ayam hutan yang telah dikacukan. Ayam kampung di Malaysia ada lah hasil kacukan ayam hutan merah Malaysia dengan ayam tulin luar negara seperti Barred Plymouth Rock,New hamshire,Austrorp,Brown Leghorn,Cornish,Canton. baka yaam tulin dari pelbagai negara telah diimport seawal tahun 1950an sebagai usaha menggalakkan rakyat memelihara ayam sebagai sumber protin yang murah.

2 Jenis Ayam Kampung.
Terdapat 3 jenis ayam kampung
a Ayam kampung tempatan (native village chicken)
   tempoh jualan 100-110 hari berat 1-1.5kg
b Ayam kampung kacukan (kampung cross)
  tempoh jualan 60-80hari berat 1-1.5 kg
c Ayam daging berwarna (coloured broiler)
 tempoh jualan 40-50 hari berat 1-1.20 kg

3 Perolehan anak ayam
Sumber bekalan Anak ayam boleh diperolehi dari :-
1 Syarikat Sin Ha Soon Tel: 079-7135615
2 Syarikat Gesing Group Tel: 07-7557246
3 Syarikat KAMI Farming Tel: 04-5887320
4 Syarikat Goh Swee Meng Tel:04-5887627
5 Syarikat Kian Heng Tel:04-5887250
6 Syarikat Kwang Cheng Tel: 04-5824108 
Memilih anak ayam yang berkualiti .
-Kelihatan sihat dan cergas
-berat badan sekurnag kurangnya 25gm-35gm
-mata yang cerah dan berkilat
-bulu kering dan kembang
-dubur bersih,tidak dilekati tinja
-tidak cacat
pusat ekring

4 Memilih Lokasi Projek
-0.20km dari kawasan pembangunan (bagi projek komersial dan berskala besar)
-jauh dari  sumber takungan air bersih
-jauh dari tasik,kolam,sungai, dll
-mempunyai kemudahan asas dan prasarana yang baik
-sistem saliran yang baik
-ventilasi yang baik tidak kurang dari 0.5km dari ladang unggas yang terhampir
-berhmpiran dengan pengguna untuk kemudahan pasaran

5Sistem Pemeliharaan
1 Sistem intensif
 semua untuk ayam kampung berwarna dan kacukan
  -lantai tinggi /bawah daripada kayu/simen/tanah
  -keluasan (1-1.2 kps /ekor)
2 Sistem lepas dam separa Intensif
 semua untuk ayam kampungtempatan dan kacukan
-lantai bawah daripada kayu/simen/tanah
-keluasan lantai dalam reban (0.8-0.9 kps/ekor)
-tempat bertenggek atau para
-ruang makan kering(makana komersial) dan air minuman jensi otomatik/manual
-reban kechil dan banyak
-setiap reban ada kawasan berpagar
3Sistem tradisional bersistem
 untuk ayam kampung tempatan
-reban berasingan untuk anak,ibu,dara dandewasa
-ruang bertelur dan mengeram
-kawasan berpagar


6 Keperluan Penternakan
6.1 Perumahan
2 jenis :-
(a)Terbuka
 +dinding terbuka,dibuat dari dawai punai atau jaring
 +setingkat atau 2 tingkat
+separa bebas dan berpagar
(b) Tertutup
+tertutup keseluruhan dan sepanjang masa dgn suhu terkawal
+ setingkat atau 2 tingkat
Kedudukan reban.
+dibina dengan paksi panjang mengikut arah timur-barat  untuk mengurangkan kesan pancaran matahari keatas ayam.
+tidak dibina terlalu dekat dengan jalan awam yang sering digunakan oleh kenderaan mengangkut ayam
jarak diantara reban sama dengan lebar reban.
Rekabentuk reban
+tahan lama dan kos ekonomik
+mudah diselenggara dasn kos ekonomik
+boleh menghawal haiwan pemangsa dengan dengan berkesan
+ventilasi dalam reban yang selesa
Ukuran Reban
+Lantai  0.8-1.2 kps/ekor.
+ Lebar reban  tidak lebehi 12 m dan tingi lantai 4 m
+ Rekabentuk bumbung yang sesuai bagi peredaran udara yang baik


6.2 Peralatan makanan dan minuman
Bekas Makanan  ;
Dulang (46 smx46sm)   100ekor/dulang umur <1 minggu   ,50 ekor/dulang umur 1-2minggu
Palong 5-7.5sm/ekor umur>2minggu
Tiub  30ekor/tiub umur 3 mingggu
Chain Feeder  2.5sm/ekor umur 1-14hari
Pan Feeder  33sm umur >21 hari 30 ekor/feeder
Bekas Minuman
Tabung (9 liter) 100 ekor umur <14 hari
Palong 2sm/ekor umur >14 hari
Bell drinker 100 ekor /drinker
Nipple drinker 8-15 ekor satu nipple

7  Cara Mengurus ladang Ayam Yang Baik.
Perindukan anak ayam kampung
+Perindukan ibu asli
  ibu ayam memanas dan mendidik sendiri anak selama 1-1 1 /2 bulan
  kawasan berbumbung berdinding dan berpagar
+Perindukan induk palsu
  kotak perindukan palsu jenis kayu ,berdinding serta berlantai dawai brc
  kotak perindukan jensi kadbod tebal setinggi 2 kaki berlantai simen/dawai brc/tanah dan beberapa lubang dinding 1/2 sm dibuat pada 4 in dari lantai kotak untuk peredaran udara lebih sempurna
+kelengkapan Perindukan Anak Ayam
  alat pemanas gas 30,000 btu utntuk 500 ekor anak ayam
  bekas makanan 46 smx46sm untuk 100 ekor anak ayam (ruang makan 2.5 sm/ekor)
  bekas tabung minuman bermuatan 9 liter untuk 100 ekor anak ayam berumur 1-14  hari
  kepungan/serkop ayam untuk mengepung dan mengasing anak ayam
+Pembiakan dan Penetasan Ayam kampung Tempatan.
  disediakan kotak pengeraman dan penetasan telur untuk induk betina
  nisbah pembiakan seekor jantan bagi 10-20 ekor betina

8 Makanan dan Minuman
 Pemakanan
+ makanan komersial ayam kampung
+ Makanan tambahan seperti jagung ,beras hancur,gandum,ubi kayu,dll
+Makanan asli seperti ulat,serangga,rumput dll
+ makanan permulaan ayam kampung/ayam pedaging untuk peringkat anak ayam sehingga 5 minggu
+Makanan ayam kampung/pedaging membesar (60%) dan makanan tambahan lain (40%) untuk peringkat pembesaran  hingga jual.
+100 % makanan komersial untuk ayam yang dipelihara secaar tidak lepas
Minuman
 + bekalan asir sentiasa ada dan mencukupi
+ ph air 6.5-8.0
+warna,rasa,bau dan suhu dapat diterima oleh ayam
+keperluan bekas munuman yang mencukupi

9 Rekod Ladang
RRekod yg perlu disimpan adalah:-
+tarikh anak ayam tiba
+bilangan anak ayam terima
+sumber/baka anak ayam
+kematian/singkiran anak ayam
+ pemberian/jenis/sumber makanan harian
+pembelian vaksin/rawatan/
+pembelian vaksin/ubat
+penggunaan air/elektrik


10 Kesihatan
Pencegahan penyakit melalui pemberian vaksin
umur                  Jenis vaksin                   Cara pemberian
1 hari                 marek's                          subcutaneous
5-7 hari              ranikhet f (sampar)       titis  mata /hidung
14 hari               IBD                               air minuman
18-21 hari          raniket f (sampar)        air minuman
                          fowl pox (puru)              tusuk kulit kepak
28 hari              fowl cholera                   air minuman
                         ND std (sampar)           suntik intramascular(i/m)
Rawatan penyakit
Selain dari ubat jensi nitrofuran dan keluarganya serta chloramphenicol ,ubat yg lain selamat digunakan tetapi mengikut peraturan yang dibenarkan.
Biosekuriti Ladang
Bermaksud langkah yg diambil bagi mencegah kemasukan penyakit ke dalam ladang serta perebakan penyakit di antara kawasan di dalam ladang seperti :-
- Pagar ladang dgn chain link setinggi 5 -6 kaki
-Pintu pagar ditutup rapat dgn hanya mengunakan satu pintu masuk sahaja.
-setiap pintu mesti dilengkapi dgn pencelup tayar kenderaan berturap
-kawasan pengeluaran dipagar berasingan
-Pencelup kaki berisi ubat pembasmi kuman disediakan dipintu reban
-pelawat tidak berkaitan tidak digalakkan masuk  dan berada didalam kawasan pengeluaran.

11 Ekonomi Projek.
http://projekternak.blogspot.com/